Saturday, February 11, 2012

Muka Buku Baru!

Semangat tahun baru dah habis dah, tapi aku masih ada sesuatu yang baru. :D

Ni,


Kenapa kena ada yang baru? yang lama mana? em, entah. aku suka pembaharuan kot.


Lately kat office sangat busy, hampir hari-hari buat kerja lebih masa padahal senior aku cakap sebelum ni lagi keadaan kerja lagi busy. Aku tak boleh nak bayangkan sebelum ini macammana sibuknya. Aku cuba yang terbaik dan ikhlaskan hati untuk kerja yang hari-hari aku buat ni. Semoga rezeki yang aku dapat lebih berkat dan diredhaiNya.

Alhamdullilah ada juga staff yang tidak buat aku tension aje, Ana. Suka sangat gelak, bila buat lawak sikit bukan main galak dia gelak. Terus ingat kat kawan-kawan aku masa di UTM dulu, Aqen, Eyra, Anis, Puteh, Alia, Bai dan Diana. Rindu diorang. Aku syukur sebenarnya dapat bekerja kat office sekarang ni, banyak benda aku tak tahu jadi tahu. Jadi, aku tak bekerja dengan cara yang aku tahu sahaja, staff kat sini banyak mengajar daripada pengalaman diorang yang banyak tu. So, banyak perkara jadi lebih mudah. Memanglah setiap staff tu ada perangainya yang sendiri, aku anggap itu semua cara dia untuk didik orang dibawah dia dan aku anggap ilmu yang dia bagi sebagai upahnya. Aku juga berharap yang aku dapat kerja lebih lama dan bertahan dengan segala dugaan dalam bekerja kat office ni.

Since aku sibuk dengan kerjaya ni, fb aku pun ada sikit terabai. Dan aku pun kadang-kadang terabai. So, adillah kan? Hehe.. Kalau ada jodoh, aku tetap ada untuk kau. Jadi kalau perlu tunggu, tunggu. Aku? Berserah. Tuhan maha adil, dia tahu siapa untuk aku.


Wassalam.



Monday, January 9, 2012

Lens lagi mahal dari nilai seorang

Sorry, BUKAN sengaja ok.

Kalau tak boleh nak maafkan sgt, dah boleh pergi kawen ngn lens tu. buat bini No 1.

Wednesday, January 4, 2012

Baru!!

Alhamdullilah, sempena tahun baru 2012 ni aku dapat kerja apa yang aku nak. Town Planner. Maybe pada orang lain kerja ni kerja yang biasa-biasa takat kerja ofis makan gaji je. Tapi aku dulik ape la kan, aku nak carik pengalaman dalam bidang yang aku suke. Pelukis pelan. walau x macam real ape yang aku impikan nak jadi arkitek, sekurang-kurangnye aku masih dapat jadi pelukis pelan yang lebih kurang macam arkitek jugak.

Pilihan untuk bekerja kat tempat kerja baru susah jugak pada aku ni, sebab sebelum ni aku kerja as retailer assistant kat salah satu outlet kat Johor Premium Outlet yang gajinya agak lumayan lah jugak. Mana tak, kerja keras sikit kau da boleh dapat 4k- 5k sebulan tu pon dalam masa-masa opening atau waktu perayaan. Tapi oleh sebab aku kejar pengalaman lepas aku mintak nasihat sahabat2 rapat aku. Aku rase ni pilihan yang betul. Aku tekad untuk berhenti kerja lama dan tukar jadi town planner.

Setakat baru 4 hari aku kerja ni, semua terkawal lagi. aku harap pada masa-masa akan datang terus urusan ku dipermudahkan. Amin. Kerjaya aku takkan benti kat sini, aku ada matlamat nk jadi Profesional Town Planner. Sampai boleh sain pelan sampai aku boleh bukak firm aku sendirik. ecehh.. Tapi aku harap macam tu la, setakatni aku nak carik pengalaman 3 tahun, atas usaha didik bos aku, aku amek periksa sampai boleh sain pelan. itu matlamat kerjaya aku pada masa sekarang.

Harapan aku dalam tahun 2012 ni agar aku menjadi insan yang lebih baik, lebih berguna pada Agama, Keluarga, tempat aku bekerja dan juga masyarakat. Amin Insya-Allah.

Wednesday, June 22, 2011

kembali lagi

setelah terlalu banyak cerita ditempuhi, saya kembali mahu menulis. :)

Tuesday, June 21, 2011

Menunggu Pelangi

"Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari

Allah turunkan hujan dan kilat.

Kita tertanya tanya, ke mana perginya matahari.

Rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi."

Thursday, March 24, 2011

aku jadi sebatang bila tiba-tiba.

aku tak ragu.
tapi kadang-kadang kau yang buat aku jadi macam tu.

kakak aku ade kate,
"jangan jatuh hanya semata dia"
aku ingat.
aku nak biar.
biar dengan masa yang jalankan tanggung jawabnya.

sampai masa ni,
kita rasa.. eh bukan kita, tapi AKU rasa
kita dah lama
padahal baru sekejap.
mungkin sebab dah jemu,
bila kita dah jarang berdua.
jemu bukan lagi rindu.

maaf.
aku tak fahami kau, macam kau tak fahami aku.
jadi kita sama. tiada beza.

Thursday, December 23, 2010

kehabisan rasa rindu

tajuk entry di atas merupakan status saya di facebook malam semalam.
bunyi macam seksa
tapi ia indah
satu nikmat
dan satu kepuasan


kau orang penah tak rasa macam tu?